Antara Cinta dan Cita
Atia dan Dina memang rapat sejak hari pertama tingkatan enam. Biarpun Dina berasal dari keluarga berada dan tinggal di bandar, namun persahabatan mereka berasaskan keikhlasan yang terbit dari hati. Kemalangan kereta menyebabkan Atia kehilangan kedua ibubapanya dan kini tinggal bersama datuk dan abangnya. Rakaat, abang Atia terpaksa melupakan cita-citanya untuk ke Universiti, sebaliknya menoreh getah di kampung. Pengorbanan Rakaat dirasakan perlu demi masa depan dan kebajikan adiknya.
Dina sentiasa dahagakan kasih sayang dari ibu dan ayahnya yang sibuk mengejar kekayaan. Oleh itu, Dina merintih kasih sayang dari Mak Kiah, pembantu rumahnya sejak dahulu lagi. Suami Mak Kiah pula bekerja sebagai pemandu dan tukang kebun papa Dina, Datuk Zaini. Dina sekeluarga diajar tentang budaya barat. Selain itu, bagi ayah Dina, pegangan agama tidak akan dapat menbantunya memperoleh kekayaan. Sekolah mereka yang terletak di pekan Umbai agak jauh dari rumah Atia. Dina lah yang selalu menghantar Atia pulang ke rumah menaiki keretanya.
Antara Atia dan Dina, mereka saling bantu-membantu. Dina kesal kerana dibesarkan dalam keluarga yang ada segala-galanya kecuali kasih sayang dan kepercayaan pada kuasa Allah. Dina cemburu dengan keluarga Atia, biarpun hanya mereka bertiga, namun Atia, abang dan datuknya cukup mesra bersama. Kalau mereka bersama, memang tak pernah kering gusi dibuatnya. Tambahan pula, Ramli, rakan sebaya Rakaat yang juga jiran mereka sering menambah kemeriahan suasana. Biarpun Atia sentiasa diperli oleh ibu Ramli yang mulutnya tak berinsurans, Atia sekeluarga menerima kehadiran Ramli dengan baik. Atia sering diperli oleh ibunya yang merasakan seorang perempuan tak perlu belajar tinggi-tinggi, akhirnya ke dapur juga, dan jika Atia pulang lewat dari latihan sukan di sekolah, pasti akan ditegurnya.
Peristiwa adik Ramli ditangkap basah dengan seorang pemuda kampung menyebabkan ibunya menyedari kesilapan sendiri dan mula berbaik-baik dengan penduduk kampung. Selang beberapa hari, kampung itu dikejutkan dengan berita Rakaat disambar petir ketika sedang menoreh getah. Pagi itu, Rakaat berkeras juga ingin pergi menoreh. Baginya, kalau sehari tak pergi, melayang 30 ringgit. Dina yang mendengar tentang berita buruk itu ketika menghadiri kelas tambahan, terus bergegas ke hospital. Mujurlah abangnya tidak apa-apa. Datuk Atia banyak meluangkan masa di hospital menemani Rakaat. Dina mengambil keputusan untuk bermalam di rumahnya. Dina mengambil kesempatan itu untuk menyatakan hasratnya ingin belajar untuk menunaikan solat. Atia membawa Dina berjumpa dengan tok guru di masjid kampungnya dah mereka sering ke kelas fardhu ain di situ.
Datuk Zaini menyedari sesuatu setelah anak bongsunya, Dina mengingkari permintaannya yang mahukan Dina melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Atia dipersalahkan dalam hal ini. Dina sudah semakin berani menyatakan pendapatnya. Datuk Zaini merasakan, Atia tidak sedar diri, sudah lah miskin, nak pula ajar anak orang membantah. Pernah sekali, Farid, anak saudara Datuk Zaini dihantar ke rumah Atia untuk memberi amaran. Malah, Atia ditempelengnya dan dia bertumbuk dengan Ramli yang kebetulan lalu di depan rumah Atia.
Pagi esoknya, penduduk kampung dikejutkan dengan berita buruk, tentang kolam2 ikan yang diusahakan oleh Rakaat dan Ramli diracun orang. Habis semua ikan mati. Itu semua adalah hasil penah lelah mereka berdua dan seorang lagi rakan kongsi, Azali. Azali merupakan anak Mak Kiah. Datuk Zaini menuduhnya sebagai tidak tahu mengenang budi kerana Azali menolak tawaran Datuk Zaini untuk bekerja di syarikatnya selepas pulang belajar dari luar negeri. Azali lebih suka memulakan perniagaannya sendiri dari makan gaji. Kesemua anasir jahat ini sampai ke pengetahuan Dina. Dia yang berasa malu dengan tindakan ayahnya segera menghulurkan separuh dari wang simpanannya untuk Rakaat dan rakan-rakannya membeli anak2 ikan baru.
Raziz merupakan cikgu praktikal di sekolah Atia dan Dina. Satu hari, sekeping gambar yang disimpan di dlm failnya jatuh dan Dina yang ketika itu berjalan di belakangnya mengutip gambar tersebut.
“Papa”
Dina terkejut melihat gambar itu adalah gambar ayahnya bersama seorang perempuan yang tidak dikenali. Setelah mendengar penjelasan dari Cikgu Raziz, Dina menerima berita bahawa Raziz adalah abangnya dengan hati terbuka. Abang-abang Dina yang lain kesemuanya di luar negara, masing-masing tidak mahu pulang dan lebih mementingkan wang dari berjumpa ahli keluarga.
Rupanya, dahulu ketika ayah Dina menjadi pegawai daerah, dier selalu berpoya2 dengan wanita lain di kampung yang diawasinya. Ibu Raziz adalah antara yang dinodainya. Kerana takut dimalukan di khalayak ramai dan juga ketika itu dier sudah berumahtangga, bapa Dina tidak mahu bertanggungjawab atas kandungan ibu Raziz.
Raziz terlalu bercita-cita untuk bertemu semula dengan ayahnya. Pernah sekali dia ke pejabat Datuk Zaini, namun dihalau dan dituduh ingin membolot harta Datuk Zaini. Raziz kesal, namun atas sokongan dari ibunya dan Dina. Raziz sekeluarga ke rumah Datuk Zaini untuk menerangkan perkara sebenar kepada Datin Hindun, ibu Dina. Setelah dijelaskan bahawa Raziz dan keluarga kini bahagia setelah ibunya berkahwin dengan ayah tirinya sekarang dan menjaga kebajikan mereka anak beranak, Datin Hindun yakin bahawa Raziz berniat ikhlas untuk bertemu dengan ayahnya.
Setelah dipujuk, Datuk Zaini mengakui kesalahannya di zaman silam. Dia sudah menyedari tentang kealpaannya selama ini. Dia sudah bersedia untuk kembali ke pangkal jalan. Untuk menebus kesalahannya, Datuk Zaini menghantar Atia dan Dina melanjutkan pelajaran ke luar negeri selepas STPM. Kedua-dua mereka ditanggung oleh Datuk Zaini sendiri. Dia juga menyokong segala projek yang dijalankan oleh Rakaat dengan menyalurkan wang untuk projek menanam jagung manis. Setiap perbelanjaan projek itu ditanggung oleh Datuk Zaini. Rakaat dan rakan2 diberi kepercayaan untuk melaksanakan projek tersebut.
~norhayati berahim~
