Episod Cinta Belum Berakhir

Memang dah menjadi kebiasaan girl dan Shamira joging tiap-tiap ari Ahad dekat lake. Ari nih, tiba-tiba girl nampak ader sorang lelaki nih tergelincir. Memang dah jadi kebiasaan girl untuk tolong orang yang dalam kesusahan. Girl memang berniat baik nak menolong, tapi apa kan daya, hubungan girl dengan lelaki tu bermula dgn bertukar no telefon hinggalah kami sangat rapat jadinya.

Hubungan girl dengan lelaki nih mendapat halangan dari pihak keluarganya. Keluarga bapa saudara girl yang memang girl anggap macam keluarga sendiri sejak girl kehilangan keluarga sendiri, menyokong girl dengan Zack.

Demi mendapat persetujuan keluarga, Zack terpaksa bersetuju dengan syarat yang dikenakan oleh ibunya. Datin Ramlah mahu Zack melanjutkan pelajaran ke luar negeri selepas pertunangan kami. Memang payah untuk girl lepaskan orang yang girl sayang nih. Iyelah, girl memang dah lama takdek orang yang sangat rapat dgn girl sebelum girl jumpa Zack, kecuali Shamira, teman serumah girl. Masa tu, hendak diluah sayang, hendak ditelan pahit. Namun, girl tabahkan hati demi rasa sayang yang telah 1 tahun disemai.

Kehendak Zack agar girl berbaik-baik dengan ibunya dilaksanakan dengan menyampaikan surat untuk girl melalui ibunya. Paling-paling kurang pun, 2 minggu sekali girl akan ke rumahnya untuk mengambil surat dari Zack. Kadang2, kalau tak sempat pun, driver Zack akan datang antar. Girl sangat bahagia, memang impian girl untuk menumpang kasih seorang ibu.

Kini, dah 1 tahun girl di tempat orang, setiap 2 minggu girl dapat surat darinya. Bebila girl rindu kat Zack, rakaman suara Zack yang girl dapat ketika menghantarnya di airport dulu menjadi teman rapat girl. Kadang-kadang girl jadi risau, sebab Zack semakin jarang menghantar khabar berita. Namun, girl pujuk hati ini, mungkin Zack tengah sibuk belajar.

Ari nih weekend, girl duduk rumah jer ari nih. Tiba-tiba girl dpt kunjungan dari Datin Ramlah. Dier menghulurkan sepucuk surat. Dalam surat tu, Zack menyatakan hasratnya untuk memutuskan pertunangan kami. Mendengarkan berita buruk tu, girl jadi tak menentu. Girl macam putus harapan. Girl cuba melupakan segalanya namun girl tak mampu.

Selepas 3 tahun peristiwa tu berlaku, Zack pulang ke tanahair. Zack mencari girl di rumah, di tempat keje. Pada ketika tu, girl bercuti bersama keluarga bapa saudara girl. Mengenangkan kejadian buruk tu, girl langsung tak ingin berjumpa dengan Zack. Namun, Zack terserempak dengan girl satu hari tu time girl tgh shopping dengan anak perempuan Adam, rakan sekerja girl. Zack yang pada mulanya putus semangat lepas merasakan itu adalah anak girl, kembali mendapatkan Shamira yang pada ketika itu telah mendirikan rumah tangga dengan Ilham.

Ketika Zack di rumah Shamira, dier bertemu dengan budak perempuan itu, setelah Zack memastikan bahawa itu bukan anak girl, Zack bertanyakan tentang girl dari Shamira. Zack agak terkejut dengan berita tentang surat dari Zack pinta diputuskan pertunangannya dengan girl, sedangkan dier tak penah pun tulis surat tu. Sekembalinya Zack ke rumahnya, dier menyelongkar bilik ibunya dan mendapati surat2 yang sepatutnya disampaikan kepada girl tersimpan rapi di situ. Dier tak pasti mengapa semua surat2 tu dah dibuka. Ketika itu juga, ibunya pulang bersama sepupu Zack. Zack diberitahu mereka baru pulang dari membeli barang-barang untuk kenduri menyambut kepulangan Zack sekaligus pertunangan Zack dengan sepupunya itu.

Setelah itu, Zack mula bau sesuatu yang tidak enak. Zack mengamuk setelah mendapat penjelasan dari ibunya. Memang itu rancangan ibunya, memisahkan Zack dan girl kerana girl datang dari keluarga yang tidak setaraf dengan keluarga Zack. Surat untuk girl dibuka dan sepupu Zack yang meniru tulisan girl untuk membalas surat kepada Zack. Surat terakhir yang memohon pertunangan ini diputuskan pun angkara sepupunya juga.

Cerita tu tak berakhir di situ. Ibunya berkeras tidak mahu menerima girl sebagai menantu. Zack mengambil langkah di luar jangkaan semua orang. Zack dah mula berjinak2 dengan arak. Satu hari, Zack kemalangan akibat memandu ketika mabuk. Zack koma selama 3 bulan. Selepas Zack sedar, kakaknya diberitahu tentang aper sebenarnya yang terjadi. Kakaknya yang terkejut dengan tindakan ibunya cuba membetulkan keadaan.

Setelah mendengar nasihat anak sulungnya, Datin Ramlah sedar, tak ada aper sangat pada taraf, yang penting perasaan sayang antara satu sama lain.

2 comments:

Illid said...

Nantikan kemunculan Cinta dan Cita

Anonymous said...

ellid aku rase ko kene kasik kredit kat author die la.. haha..