Ada Cinta Di Matanya

Orang kenal girl sebagai seorang yang pijak semut pun tak mati. Girl pun bahagia, lagi2 hero kampung girl nih dah jadi kepunyaan girl. Girl dan dia dah 3 tahun bercinta. Memang bercinta bagai nak rak la jugak, sampai cincin pun kitorang dah beli. Si dia nih tak ubah mcm girl, kitorang mmg tak berani nak lawan ckp orang tua. Dia terpaksa akur dgn kehendak ibu dier, nak dier kawin dgn best friend girl dan bukan girl. Sejak cincin yang kami pilih bersama tu disarungkan ke tangan orang lain, girl jadi tak menentu. Termenung tak kire tempat, kadang2 meradang, especially towards lelaki. Girl jadi lebih berhati-hati. Taknak pisang berbuah 2 kali.

Girl paksa diri girl menyabung nasib di bandar, dengan harapan girl dpt lupakan peristiwa lalu. Baru beberapa bulan girl keje sebagai guru tadika, ader la pulak si makhluk nih,”A”. Tetiba jer, A nampak anak sedara dier lebam di muka, alih2 dier ckp girl pukul budak tu. Dah la tu, takdek usul periksa gi lapor terus kat pengetua. Girl sedar nak dibandingkan girl dgn bapak budak tu. Adehh…jauh beza. Kalau tak kerana sumbangan ikhlas dr bapak budak tu, tak hidup la tadika nih. Girl paham pengetua terpaksa berhentikan girl demi masa depan tadika tu.

Skang, girl lepak kat umah sewa, sambil2 cari keja. Di luar sangkaan girl, bkn panggilan telefon nak bgtahu girl dpt keje yg girl terima tiap2 ari, tapi lahabau sekor tu yang slalu tepon. Baru girl tahu, rupa2nya dier salah anggap. Anak sedara dier jatuh rupa-rupanya. Punya takut kena marah, sampai girl yg jadi mangsa.

Lepas peristiwa tu, mamat nih giler2 carikkan girl keje baru. Ader satu time tu, girl dibawa oleh Tati, housemate girl ke satu office nih. Girl lak memang dah tak kisah dah keje aper, asal halal, pinjam kasut tinggi orang, handbag orang, nak melawa punya pasal. Lantaklah, asalkan girl dapat keje. Girl tak nampak sapa yang temuduga girl tu, seorang laki yg membelakangi girl. Entah camner, lepas abis ditemuduga, girl sempat berpaling ke belakang sambil bukak pintu office tu. MasyaAllah, tak disangka mamat yang sorang nih. Macam mana girl takleh perasan suara dier tadi. At last, girl lari lintang pukang. Time tu terasa mcm Cinderella lak, sbb nak cepat nyer pasal, girl terpaksa tanggal kasut tinggi tu. Dalam cab, girl nampak dier tgk peluk kasut yg girl pinjam from Tati tu. Hiks, lawak gak aih.

Alasannyer nak datang antar kasut girl tu, sempat jugak dier baham semangkuk maggi. Girl pulak entah kenapa kejam sangat, sampai dikenyek 5 bijik cili padi masuk dlm maggi tu. Kelakar tengok dier makan sampai merah padam mukanya. Tapi, kekejaman girl takdek la sampai nak tengok dier sakit2, rupa2nya dier takleh makan pedas, sakit usus katanyer. Giler jugak lah girl, nasib tak mati anak orang dibuatnyer.

Girl yang serba salah dengan berat hati terpaksa menapak jugak ke rumah A, dengan niat menziarah orang sakit. Tak sangka ari tu jugak, tunang dier datang. Adeh, sakitlah mata girl nih tgk, bukan main lagi dier dgn pompuan tu. Eh…naper lak girl nak marah. Suka hati diorang la. Jeles ek?? Perghh.

Sekian lama menyabung nasib, satu pun tak mengena, girl buat keputusan untuk balik ke kampung. Biarpun luluh hati ini terpaksa berdepan dengan bekas kekasih hati, namun demi menyara hidup nenek, girl butakan mata, pekakkan telinga.

Di saat girl nak pejamkan mata, di saat girl bersendiri, di saat girl mandi air perigi pagi2 buta, ader jugak air suam membasahi pipi. Nak kata giler ke tak, tak tahu la. Namun girl memang rindu, girl mmg tak boleh melupakan si dia di KL. Setiap hari hati girl terjerit2, adakah ini cinta yang girl carik selama nih? Maafkan diri ini, girl tak berniat nak memikat hati tunang orang. Tapi, hati ini yang meronta-ronta, pinta diisi kesunyian yang telah lama berkota.

Alangkah girangnyer hati, biarpun tengah2 malam, si dier datang bersama keluarga menyatakan hasrat suci di hati. Memang benar aper yang girl dengar, dier dulu dah nak kawin dah pun, a few days before kenduri, tunangan dier decided to move to Kanada, sebab nak eratkan hubungannya dgn ibu yang dah lama terputus. Kata putusnya pada family A, tunggulah, maybe kena postpone, maybe tak jadi langsung. Dah memang girl punyala jawabnyer nih. Akulah seorang cinderella di dunia realiti.

No comments: