Arjuna Hati (part 4)

Setelah pulih sepenuhnya dari pembedahan itu, Azahari yang sedang berehat di rumah Abang Wan teringat tentang cd yang disampaikan oleh Serena tempoh hari. Azahari kaget sendiri bila mendapat tahu, sebenarnya Dean mempunyai harta yang melimpah-ruah. Atas bantuan Dom, rakan serumah Abang Wan, Azahari bertolak ke Nottingham, mencari sebuah law firm yang menguruskan harta-harta Dean. Nama law firm tersebut didapati di dalam journal tersebut.

Ketika berbincang dengan peguam di situ, mereka dikejutkan dengan satu ketukan pintu yang bertalu-talu. Setelah dikuak sedikit, perempuan itu meminta untuk berjumpa dengan peguam tersebut, mustahak katanya. Azahari terasa seperti mengenali suara tersebut. Serena nampak agak terkejut setelah Azahari menyuakan mukanya di pintu. Dari penerangan Serena, akibat penemuan dan pemulihan journal tersebut, muslihat jahat ayahnya dan Alex dapat dibongkar. Ayahnya bersubahat untuk menukar nama harta-harta Dean secara tidak sah. Serena sendiri tidak percaya ayahnya sanggup berbuat demikian, sedangkan ayahnya adalah peguam yang terkemuka. Namun, Serena akur, mungkin ini semua terpaksa dilakukan oleh ayahnya setelah berhabis beribu ringgit akibat proses perceraian dengan ibu Serena.

Menurut peguam di law firm tersebut, Azahari dan keluarga kini sudah mewarisi harta-harta Dean kini. Harta yang diputarbelit oleh Mr. Swanson juga diperolehinya. Serena memohon agar dakwaan ke atas ayahnya dilucutkan. Dia tahu ayahnya bersalah, dia juga tak suka akan perbuatan ayahnya itu. Namun, Serena tetap menyayangi darah dagingnya itu. Atas budi baik Azahari, dia telah mengambil keputusan untuk menyerahkan saja harta yang diseleweng Mr. Swanson kepadanya dengan percuma. Sebahagian harta disedekahkan kepada masjid-masjid di sekitar Nottingham. Selain beramal jariah bagi pihak Dean, Azahari ada membawa pulang sedikit harta tersebut untuk membantu keluarganya di tanah air. Selebihnya, Azahari meminta peguam tersebut untuk mengendalikannya.

Kerana terlalu terhutang budi dengan Abang Wan, Azahari terpaksa menemani Natrah, walaupun dia merindui Serena. Ketika Serena melawat rumah Wan, Wan yang tahu tentang isi hati adiknya dan dapat mengesan seperti ada sesuatu yang terjalin di antara Serena dan Azahari, segera menyatakan bahawa Azahari bakal bertunang dengan Natrah.

Serena kecewa dengan berita tersebut, lalu membawa diri. Ketika itu, Azahari sudah semakin rapat dengan Natrah. Mereka pulang ke Malaysia bersama-sama. Di hari kapal terbang mereka berlepas juga, tersiar di dada akhbar tentang kehilangan Serena di site. Pertemuan terakhir mereka adalah ketika Azahari dimasukkan ke hospital kerana pembedahan ulcer. Ketika itu, Serena dan Natrah bertikam lidah berebutkan Azahari. Melihat kepada darjah, keturunan dan kemurnian hati Natrah menyebabkan Azahari sedikit sebanyak sudah tertarik hati dengannya. Malah, Azahari tertarik dengan kelembutan hati Natrah yang tidak pernah mencemburui Serena, malah sering kali bertanya khabar tentangnya. Serena pula sebaliknya. Sentiasa mengada-adakan cerita untuk membunuh minat Natrah terhadap Azahari. Di dalam flight perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, hubungan Natrah dan Azahari menjadi semakin mesra. Kepada Serena yang pernah mencuri hatinya, Azahari berharap dia selamat.

Arjuna Hati (Part 3)

Setelah empat generasi, rumah itu menjadi harta turun-temurun. Peti besi milik Dean juga disimpan dengan baik. Ramai cucu-cicitnya ingin membaca journal tersebut, hinggalah kepada Azahari yang ketika itu boleh memahami dan bertutur bahasa Inggeris dengan baik. Kerana perasaan ingin tahunya yang membuak-buak, Azahari terbang ke London dan seterusnya ke York untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ayah kepada moyangnya. Tak banyak yang dapat dibongkarkan dari journal tersebut kerana ia sudah terlalu lusuh, sesetengah tulisannya tidak dapat dibaca langsung.

Azahari dapat tahu tentang sebuah law firm yang mengendalikan harta Dean, Swanson. Mr. Swanson nampak begitu terkejut setelah nama Dean disebut, namun dia cuba berselindung dan lari dari pejabatnya. Azahari bingung jadinya, namun anak Mr. Swanson, Serena begitu komited untuk membantu Azahari mendapatkan jawapan. Dengan bantuan nenek Serena, mereka dapat menjejaki Eddie, cucu kepada Allen. Di ketika itu, Serena sudah terlalu rapat dengan Azahari, mereka juga saling rindu-merindui. Perjalanan mereka ke rumah Eddie merapatkan lagi hubungan mereka. Di hari yang sama, Mr. Swanson tiba dengan limosin yang disediakan oleh Mr. Alex. Mr. Alex sangat disegani kerana harta peninggalan ayahnya yang bertimbun. Mr. Swanson mengidamkan Alex sebagai menantunya. Namun, Serena tidak berminat dengan kegatalan Mr. Alex. Ketibaan Mr. Swanson bersama bodyguard Alex adalah untuk membawa Serena ke Sutton Park, kediaman Alex. Azahari yang buntu ketika itu mengambil keputusan untuk pulang ke tanahair.

Namun, wallet Azahari hilang setibanya di Heathrow. Dia terpaksa berpatah balik ke rumah Abang Wan, abang kepada Natrah, rakan sepejabatnya. Rakan serumah Wan berbincang untuk membantu Azahari yang sudah tak tentu arah. Natrah yang memang menaruh hati terhadap Azahari bersedia menolong dengan membawa journal original copy ke London untuk dianalisis di Archeology Institute, tempat Serena bekerja.

Arjuna Hati (Part 2)

Atas bantuan Mr. Longthorn, Dean dapat melarikan isterinya dari hospital di mana ibunya ditempatkan. Ketika di dalam kereta kuda yang disediakan oleh Mr. Longthorn, Isabel menangis teresak-esak di bahu suaminya. Mereka berdua meneruskan perjalanan ke Notthingham dan memulakan hidup baru di sana. Selepas Isabel selamat melahirkan anak sulung mereka, Allen, bayi tersebut dibawa pulang ke York, untuk berjumpa dengan datuk dan neneknya. Setelah mendapat restu dari nenek Allen, Dean sekeluarga berpindah semula ke York. Tambahan pula, Mrs. Longthorn sudah semakin tenat, sekurang-kurangnya dapatlah Isabel menjaganya di rumah. Selepas kelahiran anak mereka yang kedua, Annie, rezeki mereka sekeluarga semakin mencurah-curah. Selain itu, ekonomi Britain juga sudah semakin pulih. Dean semakin sibuk dan semakin jarang mempunyai masa untuk diluangkan bersama anak dan isterinya. Dia sering ke luar bandar untuk menguruskan hal-hal perniagaan. Tidak lama selepas itu, Mrs. Longthorn menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ketika paderi membacakan ayatnya dari Bible, Dean tiba-tiba terkenangkan tanah yang kuning dan batu nisan yang tercacak berwarna putih, bukan seperti yang berada di hadapannya ketika itu. Dean merasa dia sudah semakin jauh dengan ajaran yang dia terima ketika kecil dahulu. Lamunan Dean dikejutkan dengan esakan Isabel di sebelahnya. Mereka meneruskan kehidupan seperti biasa, cuma Isabel tidak seriang dahulu dan Mr. Longthorn sudah sampai ke tahap hanya mementingkan wang tanpa memikirkan risiko yang perlu diambilnya.

Setelah kelahiran Andie ke dunia, Isabel menjadi semakin jauh hati dengan Dean. Dean tahu, Andie tidak sempurna seperti kanak-kanak lain, namun, sudah tertulis itulah darah dagingnya, membuatkan Dean terlalu sayang untuk berenggang dari anak bongsunya. Isabel menyerahkan tugas menjaga Andie sepenuhnya kepada pengasuh. Isabel juga sudah tidak tidur sebilik dengan Dean. Keadaan menjadi semakin kelam-kabut setelah Mr. Longthorn disahkan mati dalam satu kejadian letupan di lombong yang diusahakannya. Isabel menjadi semakin sukar dihampiri. Apatah lagi Andie, tidak pernah mendapat kasih sayang dari ibunya.

Hari itu, kepulangan Dean tidak disambut oleh pelukan dari anak-anaknya. Sudahlah Allen kini di sekolah berasrama di Cardiff, Andie pula sering mengalami kesukaran untuk bernafas akibat saluran pernafasannya yang tidak berkembang sepenuhnya. Dean tergamam setelah diberitahu bahawa Isabel membawa Andie ke London untuk mendapatkan rawatan, Annie dibawanya bersama. Dean yang tahu bahawa isterinya tidak pernah mengikut setiap kali Andie dibawa ke hospital, terus bergerak ke London bersama beberapa orang pembantu. Dean tahu, isterinya pasti marah setelah mendapat tahu bahawa, estet Mr. Longthorn kini sudah digadai akibat penipuan sebuah syarikat. Dean menyesali dirinya sendiri kerana menggadai rumah milik keluarga isterinya tanpa berfikir panjang.

Setibanya dia di hospital tersebut, Dean menghabiskan sepanjang hari menemani Andie, Isabel jarang kelihatan di situ. Khabarnya sedang berehat di rumah ibu saudaranya di Cardiff. Mengenangkan peristiwa Isabel yang hampir dikahwinkan dengan sepupunya itu, Dean jadi tak senang duduk. Namun, dalam situasi tersebut, Andie lebih penting dalam hidupnya. Tidak lama Dean di situ, Andie sudah tidak berupaya melawan ajalnya.

Dean meneruskan perjalanan mencari Isabel dan Annie, dikhabarkan mereka merancang untuk berhijrah ke US. Tanpa berlengah, Dean segera mendapatkan isterinya di pelabuhan yang dikatakan. Namun ketibaannya hanya ditemani berita buruk yang memberitahu, sebuah kapal ke US telah karam, dan Annie dan Isabel tersenarai sebagai mangsa yang terkorban. Dean kecewa, dia kini sudah sebatang kara. Dean menunaikan hasratnya untuk pulang ke tanahair.

Setelah pulang ke tanahair, Dean sudah tidak tahu berbahasa melayu. Cuma ibunya saja yang masih mengenalinya, budak-budak muda di kampungnya juga tidak mengenalinya. Berkat pengalaman yang diperolehnya, Dean membuka kedai runcit di kampungnya. Ramai anak-anak gadis dan ibu bapa mereka tertarik dengan kesungguhan dan kejayaan Dean. Dean diajar oleh sepupunya bahasa melayu. Atas permintaan ibunya yang perlu jagaan dari seorang menantu, Dean berkahwin dengan Salmah. Mereka dicurahkan rezeki berlipat ganda. Salmah tidak perlu lagi menjaga anak-anak atau rumah mereka. Di atas tanah milik arwah ibunya, Dean membina sebuah rumah besar untuk keluarganya. Lama-kelamaan Salmah menjadi semakin bebas, bila anak-anaknya sudah besar dan berumah tangga, Salmah melarikan diri. Kedai-kedai Din dirompak dan dibakar oleh orang yang iri hati dengan kejayaannya. Dean menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan menulis journal tentang kehidupannya.

Arjuna Hati (Part 1)

NORZAILINA NORDIN: ARJUNA HATI

"Din ikut Pak Ngah pegi bandar ye esok?" Ibu memberitahu. "Tapi jalan baik-baik, berhati-hati." Tambahnya. Esoknya, Din ke bandar menemani Pak Ngah dan anaknya. Mengikut Pak Ngah, Din akan menggantikan tempatnya biler Pak Ngah dah tak larat nak ke bandar lagi. Din tahu Pak Ngah kadang-kadang ke bandar, untuk menjual lembunya di sana. Setelah sampai di bandar, Din yang dikhuatiri hilang dalam kumpulan orang ramai di pasar sengaja ditinggalkan sebentar di luar sebuah kedai runcit, yang letaknya tidak jauh dari pasar tersebut. Din menurut sahaja perintah Pak Ngah. Dari situ, dia dapat lihat ramai hamba abdi memikul barang yang sangat berat. Tiba-tiba, Din terdengar bunyi pekikan yang sangat kuat, tidak lama selepas itu, orang ramai lari berkeliaran. Din terkesima, dia merasakan tangannya ditarik oleh seseorang. Orang yang di pertengahan umur itu menceritakan orang di dalam kedai tadi bertikam-tikaman. Setelah penat berlari, orang itu menyatakan yang dia menarik Din kerana bimbang Din akan menjadi mangsa seterusnya.

Setelah itu, orang itu berlalu. Din tercengang-cengang di situ, tidak tahu ke mana arah tujuan. Dia tidak dapat mengingat kembali jalan untuk pulang ke tempat dia berdiri tadi. Tiba-tiba, Din diganggu oleh sekumpulan konco jahat yang menyentak Din dengan ancaman untuk menjual Din sebagai hamba abdi. Din lari sekuat mungkin, Din tak nak jadi hamba, Pak Ngah pernah memberitahu hamba abdi sangat kejam diperlakukan. Mereka dikerah membuat kerja-kerja berat dan kadang-kadang langsung tidak diberi makan.

"We found this boy in the kitchen." Din dihadapkan kepada kapten kapal tersebut. Kapten Guz yang pelat bahasa melayunya, menerangkan bahawa Din kini berada di dalam sebuah kapal yang dalam perjalanan ke Southampton. Bila diminta untuk berpatah balik, Kapten tidak dapat menunaikan permintaan Din. Katanya, kapal terpaksa meneruskan perjalanan ke England, barang2 yang dibawa perlu sampai tepat pada masanya. Lalu, Din menghabiskan masa di dalam kapal tersebut, mempelajari bahasa Inggeris dan cara untuk mengemudi kapal. Din di bawah jagaan kapten tersebut yang baik hati. Malah, Din tidur di dalam bilik yang sama dengan kapten.

Setibanya di Southampton, kesemua anak kapal keluar bersuka-ria, mereka jarang mendapat peluang untuk berpoya-poya. Banyak masa dihabiskan berlayar di lautan luas. Din dan kapten tidak ke mana. Ketika Din sedang tidur, Din merasakan ada bahang yang sangat panas, dia didukung keluar oleh seseorang. Setelah keluar dari kapal tersebut, Din nampak kapten sayu melihat kapalnya hancur dijilat api. Kerana terlalu kecewa, Kapten Guz membuat keputusan untuk pulang sahaja ke kampungnya dan berniaga kecil-kecilan. Din tidak akan dibawa bersama, dia tahu, dia pasti tidak akan dapat membantu Din untuk pulang ke Malaya dalam situasi itu. Lalu, Din diserahkan kepada Sir Longthorn, seorang businessman yang sangat disegani di York, utara England. Kapten Guz mengingatkan Din untuk bekerja sebaik mungkin dan mengumpul duit untuk pulang ke Malaya.

Di estet Sir Longthorn, Din dikenali sebagai Dean. Walaupun pelik, lama kelamaan Dean senang dengan nama barunya. Dean tahu bahawa anak perempuan majikannya menyimpan hati kepadanya. Namun, Dean sedar akan dirinya, kulitnya yang sawo kekuningan itu seringkali mengingatkan kedudukannya di negeri orang itu. Setelah sekian lama, Dean kini menjadi orang kanan Sir Longthorn. Semakin tebal harapannya untuk mendekati Isabel Longthorn, gadis yang kini sudah meningkat dewasa.
Perhubungan mereka dihalang oleh ibu Isabel yang lebih mementingkan harta bakal menantunya. Namun begitu, sebagai ketua keluarga, Sir Longthorn merestui perkahwinan Isabel dan Dean, dan keputusan itu perlu diterima oleh isterinya. Perkahwinan mereka sangat bahagia. Dean yang sememangnya penyayang dan Isabel yang manja, mereka seperti melengkapi hidup masing-masing.

Dean baru saja pulang dari Yorkshire, Dean dihantar untuk menguruskan hal-hal berkaitan hartanah Sir Longthorn. Kepulangannya disambut berita disampaikan oleh butler. Dean diberitahu, Isabel dibawa oleh ibunya ke Cardiff. Ms. Longthorn akan dimasukkan di hospital di sana kerana penyakit yang sudah lama dideritainya. Isabel dibawa bersama dengan alasan untuk menjaganya. Begitulah yang dikhabarkan kepada Dean, dia sedih kerana terlalu rindu akan isterinya, namun, dia pasrah dengan kejadian alam. Malam itu, Dean dipanggil berjumpa dengan bapa mertuanya. Walaupun mereka sudah lama kenal, namun menjadi adat Inggeris ketika itu, Dean masih perlu menghormati bapa mertuanya seperti majikannya.

Dean kaget setelah diberitahu muslihat sebenar ibu Isabel. Sebenarnya, Isabel dibawa lari ke Cardiff. Ini untuk memisahkan Dean dan Isabel, dan mengahwinkan Isabel dengan sepupunya di sana. Dean akan diberitahu bahawa Isabel telah hilang, dan Isabel akan difahamkan yang Dean sudah pulang ke Malaya.