Arjuna Hati (part 4)

Setelah pulih sepenuhnya dari pembedahan itu, Azahari yang sedang berehat di rumah Abang Wan teringat tentang cd yang disampaikan oleh Serena tempoh hari. Azahari kaget sendiri bila mendapat tahu, sebenarnya Dean mempunyai harta yang melimpah-ruah. Atas bantuan Dom, rakan serumah Abang Wan, Azahari bertolak ke Nottingham, mencari sebuah law firm yang menguruskan harta-harta Dean. Nama law firm tersebut didapati di dalam journal tersebut.

Ketika berbincang dengan peguam di situ, mereka dikejutkan dengan satu ketukan pintu yang bertalu-talu. Setelah dikuak sedikit, perempuan itu meminta untuk berjumpa dengan peguam tersebut, mustahak katanya. Azahari terasa seperti mengenali suara tersebut. Serena nampak agak terkejut setelah Azahari menyuakan mukanya di pintu. Dari penerangan Serena, akibat penemuan dan pemulihan journal tersebut, muslihat jahat ayahnya dan Alex dapat dibongkar. Ayahnya bersubahat untuk menukar nama harta-harta Dean secara tidak sah. Serena sendiri tidak percaya ayahnya sanggup berbuat demikian, sedangkan ayahnya adalah peguam yang terkemuka. Namun, Serena akur, mungkin ini semua terpaksa dilakukan oleh ayahnya setelah berhabis beribu ringgit akibat proses perceraian dengan ibu Serena.

Menurut peguam di law firm tersebut, Azahari dan keluarga kini sudah mewarisi harta-harta Dean kini. Harta yang diputarbelit oleh Mr. Swanson juga diperolehinya. Serena memohon agar dakwaan ke atas ayahnya dilucutkan. Dia tahu ayahnya bersalah, dia juga tak suka akan perbuatan ayahnya itu. Namun, Serena tetap menyayangi darah dagingnya itu. Atas budi baik Azahari, dia telah mengambil keputusan untuk menyerahkan saja harta yang diseleweng Mr. Swanson kepadanya dengan percuma. Sebahagian harta disedekahkan kepada masjid-masjid di sekitar Nottingham. Selain beramal jariah bagi pihak Dean, Azahari ada membawa pulang sedikit harta tersebut untuk membantu keluarganya di tanah air. Selebihnya, Azahari meminta peguam tersebut untuk mengendalikannya.

Kerana terlalu terhutang budi dengan Abang Wan, Azahari terpaksa menemani Natrah, walaupun dia merindui Serena. Ketika Serena melawat rumah Wan, Wan yang tahu tentang isi hati adiknya dan dapat mengesan seperti ada sesuatu yang terjalin di antara Serena dan Azahari, segera menyatakan bahawa Azahari bakal bertunang dengan Natrah.

Serena kecewa dengan berita tersebut, lalu membawa diri. Ketika itu, Azahari sudah semakin rapat dengan Natrah. Mereka pulang ke Malaysia bersama-sama. Di hari kapal terbang mereka berlepas juga, tersiar di dada akhbar tentang kehilangan Serena di site. Pertemuan terakhir mereka adalah ketika Azahari dimasukkan ke hospital kerana pembedahan ulcer. Ketika itu, Serena dan Natrah bertikam lidah berebutkan Azahari. Melihat kepada darjah, keturunan dan kemurnian hati Natrah menyebabkan Azahari sedikit sebanyak sudah tertarik hati dengannya. Malah, Azahari tertarik dengan kelembutan hati Natrah yang tidak pernah mencemburui Serena, malah sering kali bertanya khabar tentangnya. Serena pula sebaliknya. Sentiasa mengada-adakan cerita untuk membunuh minat Natrah terhadap Azahari. Di dalam flight perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, hubungan Natrah dan Azahari menjadi semakin mesra. Kepada Serena yang pernah mencuri hatinya, Azahari berharap dia selamat.

No comments: